A kid’s perspective

By Rohan Kumar

Pesta Pencinta Alam Tioman 2006 membawa banyak pengalaman manis kepada saya. Saya juga berpeluang berkawan dan bergembira bersama kawan-kawan baru saya, Farhan dan Zainol.

Tujuan utama saya ke sana adalah untuk menolong ibu saya yang tidak fasih berbahasa Melayu. Ibu saya terlibat dengan panganjuran Pesta Pencinta Alam ini. Banyak aktiviti-aktiviti telah diadakan sepanjang pesta ini bagi penduduk tempatan dan para pelawat asing. Semua aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh kawan-kawan ibu saya.

Kami semua dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang setiap satu itu bertanggungjawab mengendalikan satu aktiviti atau permainan. Saya pula ditugaskan untuk mengendalikan permainan Pancing Ikan. Setiap peserta membeli tiket dari saya untuk memasuki permainan Pancing Ikan ini. Ramai yang mencuba memancing keluar sampah-sarap dari kolam dengan joran ranting untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan.

Selepas tugas saya selesai, saya dan kawan-kawan baru saya pula berseronok semasa menyertai aktiviti “Nature Guide.”Semasa melalui danau (trail) di hutan dengan kawan-kawan saya itu, saya kagum dengan pengetahuan tumbuhan-tumbuhan hutan mereka itu. Keindahan persekitaran alam semulajadi dan penduduk tempatan ini akan sentiasa kekal sebagai pengalaman manis dalam ingatan saya ini.

Advertisements